Belum masanya struktur semula subsidi RON95 — Pakar


  • Massa
  • Ahad, 16 Jun 2024

Dua kesan yang perlu dipertimbangkan jika penstrukturan semua subsidi RON95 dilakukan dalam tempoh sekarang. — Gambar hiasan/The Star

PENSTUKTURAN subsidi RON95 tidak sesuai dilakukan dalam tempoh sekarang bagi mengelakkan masalah inflasi melampau di Malaysia.

Felo Penyelidik Kanan dan Ketua Penyelidikan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Shankaran Nambiar berkata, penarikan subsidi diesel yang dilakukan kerajaan kini sudah cukup menjadi faktor kenaikan inflasi.

"Kita harus elakkan peningkatan inflasi yang berpunca daripada subsidi diesel dan RON95," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Sikap 'boleh je' punca budaya cop parkir PPR 'tidak nampak bayang' akan selesai

BACA LAGI: 'Apa kami boleh buat?', pelajar IPT duduk PPR terpaksa mengalah lihat penduduk main cop parkir

2722385 (1) (2)

Harga diesel ditetapkan pada kadar RM3.35 bermula 10 Jun lepas. — Gambar hiasan/The Star

Shankaran berkata, bagi menghentikan pelbagai spekulasi mahupun rasa panik rakyat, pihak kerajaan perlu mengambil pendekatan untuk memantau kesan pada harga-harga barang serta impak kepada semua sektor sebelum mengambil kira untuk membuat penstrukturan semula subsidi RON95.

Baginya, kenaikan harga RON95 tidak mustahil boleh dilakukan tetapi lebih sesuai jika ia dilaksanakan pada akhir 2024 ini.

"Jadi saya rasa lebih sesuai kalau RON95 itu dinaikkan akhir tahun ini pada suku keempat 2024 (Q4) atau suku pertama 2025 (Q1, 2025)," jelasnya.

Terdahulu, penganalisis ekonomi membuat jangkaan bahawa kerajaan berkemungkinan melakukan penstrukturan semula subsidi RON95 pada suku keempat 2024 selepas langkah apungan harga diesel.

2738015

Dr Shankaran Nambiar.

CIMB Treasury and Markets Research pada masa sama menjangkakan perkara itu boleh dilakukan pada tempoh tersebut kerana ia mempunyai potensi yang bertepatan dengan pembentangan Belanjawan 2025 pada 11 Oktober nanti.

Menurutnya, perubahan pada harga jenis minyak itu akan lebih mendapat perhatian ramai dan memberi kesan lebih besar kepada pengguna.

Ia bagaimanapun harus dilakukan berdasarkan perkembangan dari masa ke masa memandangkan kerajaan berkemungkinan sedang menunggu data inflasi Jun dan Julai dikeluarkan pada 24 Julai 2024 dan 22 Ogos 2024 bagi menilai kesan mekanisme diesel sebelum meneruskan pemotongan subsidi RON95. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram