KANAK-KANAK perempuan, Albertine Leo Jia Hui yang hilang selama tiga hari sebelum ditemui selamat pada Isnin akhirnya bertemu semula dengan keluarganya.
Gambar detik gembira itu dikongsikan di Facebook oleh seorang pengguna media sosial pada petang Selasa (23 Julai).
Wanita yang dipercayai memiliki pertalian saudara dengan budak perempuan tersebut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai dan berkongsikan bahawa Albertine kini selamat di pangkuan keluarganya.
BACA LAGI: Suspek ke-5 kes culik Albertine Leo direman 7 hari
BACA LAGI: Dua rangkai kunci kereta, dompet disahkan milik Nur Farah Kartini
Albertine dilaporkan hilang ketika menghadiri sambutan Bon Odori Johor di Eco Galleria di Johor Bahru pada pukul 8.30 malam.
Menurutnya, Albertine ketika ini memerlukan rehat yang cukup kerana letih selepas apa yang berlaku beberapa hari lalu.
"Kami akan membawanya pulang untuk dan beri ruang kepadanya untuk berehat.
"Keluarganya juga mahu saya menyampaikan mesej kepada orang ramai untuk mengucapkan terima kasih atas semua kasih sayang dan keprihatinan mereka, serta membantu dalam berkongsi siaran yang menyebabkan dia ditemui," tambah wanita itu.
Ibu kanak-kanak perempuan itu, Leo Qieo Xin, 37, turut dilihat mengangkat ibu jari menunjukkan isyarat tanda baik dalam gambar tersebut.
Albertine sebelum ini dilaporkan hilang pada Sabtu (20 Julai) semasa festival Bon Odori Johor 2024 di Iskandar Puteri, Johor.
Dia ditemui selamat di sebuah hotel bajet di Batang Kali, Selangor pada Selasa (23 Julai). — The Star/YEEXIANGYUN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram