Suspek ke-5 kes culik Albertine Leo direman 7 hari


Suspek (tengah) kes penculikan Albertine Leo tiba di mahkamah untuk direman.

SEORANG lelaki yang ditemui bersama kanak-kanak perempuan yang diculik di Batang Kali, Selangor direman tujuh hari selepas mendapat perintah tersebut daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Lelaki berusia 31 tahun itu terdahulu dibawa ke kompleks mahkamah dengan menaiki kenderaan polis sekitar pukul 3 petang pada Selasa.

Dia dilihat mengenakan kemeja-T daripada festival Bon Odori Johor 2024 di Eco Galleria di Iskandar Puteri, tempat mangsa diculik pada Sabtu (20 Julai).

BACA LAGI: Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek dilanjut reman 7 hari

BACA LAGI: Kes bunuh Nur Farah Kartini, polis jumpa kunci kereta, dompet dalam sungai Trolak

Budak Hilang

Albertine dilaporkan hilang ketika menghadiri sambutan Bon Odori Johor di Eco Galleria di Johor Bahru pada pukul 8.30 malam.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Fitri Mokhtar selepas membenarkan permohonan dibuat pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Pada hari sama, empat suspek termasuk dua wanita dibawa ke kompleks mahkamah untuk perintah reman.

Polis menahan suspek berusia antara 28 dan 55 tahun di Iskandar Puteri, Johor Bahru pada Isnin (22 Julai) bagi membantu siasatan.

Majistret Suhaili Sapun membenarkan perintah reman empat hari terhadap keempat-empat suspek sehingga Jumaat (26 Julai).

Sebelum ini dilaporkan polis menyerbu hotel bajet itu pada 4.30 pagi dan menyelamatkan Albertine Leo Jia Hui.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkongsikan kepada sidang media pagi Selasa bahawa motif penculikan kanak-kanak itu masih dipastikan. — The Star/MOHDFARHAANSHAH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram