Ketua Pemuda Amanah mohon maaf parkir kereta ada lencana MP di laluan pejalan kaki di KL


  • Massa
  • Khamis, 25 Jul 2024

Kereta milik Hasbie yang diletakkan di laluan pejalan kaki di Kuala Lumpur baru-baru ini. — Twitter

KETUA Pemuda Amanah, Hasbie Muda membuat permohonan maaf selepas melakukan kesilapan ketika meletakkan keretanya di laluan pejalan kaki baru-baru ini.

Hasbie juga membuat pengakuan janji bahawa tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

"Sebagai pemilik kenderaan tersebut, saya dengan penuh rasa kesal memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab penuh.

"Saya amat menyesali kesulitan yang timbul dan bersedia dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut. Saya berjanji kejadian ini tidak akan berulang lagi," katanya menerusi hantaran di X pada Rabu.

BACA LAGI: Pindaan Akta Audit 1957 babitkan 5 prinsip beri impak positif

BACA LAGI: 'Cari titik persamaan bukan perbalahan', kumpul saintis ganding bahu dengan guru tarik minat murid belajar STEM

Sebelum ini, tular di media sosial gambar sebuah kereta jenis Proton X90 merah yang diletakkan di laluan pejalan kaki di Kuala Lumpur.

Hantaran tersebut sekali gus menerima pelbagai reaksi dan kritikan daripada orang ramai.

Perkara itu turut menimbulkan kemarahan warga maya dan menganggap bahawa tindakan sedemikian tidak seharusnya dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram