AHLI keluarga seorang wanita berumur 50 tahun yang dilaporkan hilang tiga hari sejak Isnin lalu di Felda Kerteh, Ketengah Jaya, Terengganu meluahkan kebimbangan terhadap keadaan ibunya.
Seorang daripada wanita bernama Salina Abdullah, yang mahu dikenali sebagai Sara berkata, mereka sekeluarga sememangnya terkejut dengan perkara yang berlaku itu.
Menurut Sara, ibunya sebelum ini tidak pernah lupa untuk memaklumkan kepada mereka ketika mahu keluar dari rumah.
BACA LAGI: Wanita murung, pandu kereta sendirian masih tak pulang rumah di Felda Kerteh
BACA LAGI: Tular dakwaan data pelanggan bocor, Maybank yakinkan semua maklumat dilindungi
Maklumat yang dikongsikan di media sosial untuk membantu pencarian Salina. — Twitter
Katanya lagi, kehilangan mengejut ibunya juga menjadi kerisauan apabila melihat keadaan kesihatan yang tidak baik.
"Sebelum ini, ibu memang selalu tinggalkan pesan pada kami kalau setiap kali mahu keluar atau beli barang dapur.
"Dan bila jadi begini buat kami makin bimbang sebab ibu ada kemurungan tahap dua sejak selepas dia lahirkan adik," katanya kepada Majoriti.
Sara memaklumkan bahawa tiada seorang pun ahli keluarga yang menyedari ibunya keluar dan memandu kereta sendirian pada hari kejadian.
Salina Abdullah.
Ujarnya, di rumah tersebut ketika itu hanya ada adiknya yang baru pulang dari sekolah malah tidak sempat melihat kelibat ibunya keluar dari rumah.
"Pada masa itu, tiada orang lain di rumah kecuali adik, tapi dia baru balik sekolah dan tertidur sekejap. Dia terbangun pun lepas dengar ibu start enjin kereta dan berlalu pergi.
"Jadi, memang tiada siapa sempat lihat ibu pakai baju apa dan bawa apa. Dia pula memang tak guna telefon pintar.
"Kami tunggu sampai pukul malam pun ibu tak pulang. Esoknya kami pun cuba cari di kawasan sekitar tapi tetap tak jumpa," jelasnya.
Sara bagaimanapun berkata, mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Ketengah Jaya berhubung kehilangan ibunya pada Selasa.
Katanya, sehingga kini, mereka masih belum menerima sebarang maklumat daripada polis mahu pun penduduk setempat.
Dia pada masa sama memohon jasa baik orang awam untuk membantu dalam menjejaki ibunya itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram