Tular dakwaan data pelanggan bocor, Maybank yakinkan semua maklumat dilindungi


  • Massa
  • Rabu, 24 Jul 2024

Dakwaan yang mengatakan berlakunya kebocoran data pelanggan Maybank di Twitter pada Selasa. — Twitter/@DailyDarkWeb

PIHAK perbankan Maybank meyakinkan para pelanggannya bahawa sistem dan maklumat pelanggannya dilindungi sepenuhnya selepas tular satu dakwaan berhubung kebocoran data di media sosial sejak Rabu.

Maybank dalam satu kenyataan di X memaklumkan, pihaknya memandang serius terhadap kebimbangan keselamatan dan terus memastikan data pelanggan dilindungi setiap masa.

"Kami juga ingin mengingatkan semua pelanggan untuk sentiasa berwaspada. Sila pastikan ID pengguna, kata laluan dan butiran peribadi anda selamat serta hati-hati terhadap mesej WhatsApp atau pancingan data mahu pun panggilan telefon tidak dikenali," katanya.

BACA LAGI: Wanita murung, pandu kereta sendirian masih tak pulang rumah di Felda Kerteh

BACA LAGI: Pengarah Secret Service letak jawatan, gagal jamin keselamatan Trump

Screenshot (2726)

Dakwaan dimuat naik di akaun tersebut. — Twitter/@DailyDarkWeb

Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan berlakunya kebocoran data dan maklumat pelanggan bank berkenaan.

Hantaran itu sekali gus menimbulkan panik dan kerisauan kepada pengguna Maybank.

"Saya sarankan kepada pengguna Maybank untuk menukar password anda dengan segera. Bertindak awal sebelum terlambat," tulis @dragonforceIO_.

"Jadi lagi huhuhu," komen @zarmehdi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram