Wanita murung, pandu kereta sendirian masih tak pulang rumah di Felda Kerteh


  • Tular
  • Rabu, 24 Jul 2024

Wanita yang dilaporkan hilang sejak Selasa di Felda Kerteh, Terengganu. — Twitter

SEORANG wanita berusia 50 tahun dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak Selasa di Felda Kerteh, Ketengah Jaya, Terengganu.

Wanita yang bernama Salina Abdullah itu juga dikatakan mempunyai masalah kesihatan dan memandu kereta bersendirian.

"Dikatakan memandu kereta Perodua Alza putih dan ada masalah kesihatan (kemurungan tahap dua)," menurut hantaran di akaun X @mynewshub pada Rabu.

BACA LAGI: Pengarah Secret Service letak jawatan, gagal jamin keselamatan Trump

BACA LAGI: Tak mampu tanggung kos sendiri, kakak rayu kerajaan bawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh

Hantaran tersebut disertakan dengan gambar Salina bagi membantu pencariannya.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung perkara itu.

Majoriti berusaha menghubungi pihak keluarga Salina untuk maklumat lanjut tentang laporan terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram