Pengarah Secret Service letak jawatan, gagal jamin keselamatan Trump


  • Benua
  • Rabu, 24 Jul 2024

Keadaan tegang yang berlaku apabila Donald Trump ditembak ketika berucap di satu perhimpunan di Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 14 Julai lalu. — Agensi

PENGARAH Perkhidmatan Rahsia (Secret Service) Amerika Syarikat (AS), Kimberly Cheatle membuat keputusan meletakkan jawatan selepas berdepan dengan tekanan kerana gagal menjamin keselamatan ketika kejadian cubaan bunuh bekas Presiden, Donald Trump pada 14 Julai lalu.

Berdasarkan laporan agensi, beliau menghantar surat peletakan jawatan melalui e-mel kepada semua kakitangan Secret Service pada Selasa.

"Seperti yang nyatakan, Secret Service akan terus ke hadapan dengan misi dan cara penyiasatan dan perlindungan yang teguh," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Secret Service sudah tahu ancaman 10 minit sebelum Donald Trump ditembak

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu dipercayai baru balik dialisis nyaris maut terperosok bawah treler keluar simpang di Ulu Tiram

c-2024-07-22t145203z-1139948524-rc2e09a6opef-rtrmadp-3-usa-election-trump-congress

Kimberly Cheatle. — Agensi

Beliau pada masa sama tidak menafikan bahawa ia satu keputusan yang sukar dilakukannya.

"Saya bertanggung jawab penuh terhadap kepincangan keselamatan yang terjadi.

"Oleh yang demikian, dengan penuh berat hati, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan," jelasnya.

Peletakan jawatan itu turut dilakukan selepas beliau disoal siasat oleh penggubal undang-undang Dewan Perwakilan AS berhubung kegagalan ejen tersebut untuk menjamin keselamatan perhimpunan Trump di Pennsylvania, AS.

Dalam pada itu, Presiden AS, Joe Biden sempat mengucapkan terima kasih kepada Kimberly atas perkhidmatannya dan merancang untuk melantik pengarah baharu tidak lama lagi.

"Beliau telah berdedikasi dan mempertaruhkan nyawanya tanpa mementingkan diri untuk melindungi negara kita sepanjang kerjayanya dalam Secret Service.

"Kami amat berterima kasih kepadanya semasa pentadbiran dan kami berterima kasih atas perkhidmatannya kepada keluarga kami, " katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Secret Service dilaporkan mengambil maklum perkara itu 10 minit sebelum Trump dibiarkan naik ke atas pentas di Pennsylvania, AS.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram