Pencarian bukti selesai, siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini hampir siap — Ketua Polis Selangor


  • 112
  • Rabu, 24 Jul 2024

Hussein (gambar kanan) berkata, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut pada Jumaat ini.

KERTAS siasatan kes pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap, kata Datuk Hussein Omar Khan.

Ketua Polis Selangor itu berkata, polis juga telah menyelesaikan pencarian bukti dalam kes itu.

Katanya, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut pada Jumaat ini.

BACA LAGI: Kerajaan boleh bawa Singapura ke mahkamah timbang tara selesai perjanjian isu air

BACA LAGI: Malaysia dijangka sukar yakinkan Singapura semak semula perjanjian air — Pakar undang-undang

2806898 (1)

Hussein berkata, polis juga telah menyelesaikan pencarian bukti dalam kes itu.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu sebelum mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang 15 Julai lalu.

Seorang anggota polis berusia 26 tahun ditahan dan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram