Mayat tertiarap tepi sungai di Besut rupanya tinggal sendirian di masjid kerana kesempitan hidup


  • 112
  • Khamis, 25 Jul 2024

Mayat seorang lelaki yang ditemui di sungai berhampiran Masjid Hadhari, Besut, Terengganu pada Rabu. — Twitter

PENEMUAN mayat lelaki lengkap berpakaian dengan berkain pelekat di tepi sungai berhampiran Masjid Hadhari, Besut, Terengganu pada Rabu mengejutkan penduduk setempat.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, mayat dikenal pasti sebagai Mohd Azlim Yusof, 51, ditemui dalam keadaan tertiarap di sungai terbabit.

Menurutnya, anggota polis diarahkan ke lokasi kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi sebaik sahaja menerima maklumat itu.

BACA LAGI: PPCOA desak kerajaan, pertimbang semula masukkan kursus fisioterapi bawah TVET

BACA LAGI: Ibu selalu tinggal pesan, tak pernah guna telefon pintar — Anak wanita murung hilang di Kerteh

452477198_8119786654726477_4123273832986558621_n

Lokasi mayat tersebut ditemui. — Facebook/Azhar Azman

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati, tiada sebarang unsur jenayah selain tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

"Mangsa didapati tinggal seorang diri di sebuah bilik yang disediakan pihak masjid kerana kesempitan hidup.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, tular di media sosial sejak Rabu tentang penemuan mayat yang masih berada di dalam air sungai yang sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi orang ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram