SEORANG pemandu trak maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh dinding sebelum meletup dan terbakar dalam kejadian di Laluan 3 di Clifton, New Jersey pada Isnin.
Media antarabangsa melaporkan, kejadian pada pukul 9 pagi itu berlaku apabila trak tersebut dihalang sebuah bas dari arah sebelah timur lebuh raya sebelum ia melanggar tembok berhampiran susur keluar Valley Road.
Jurucakap polis berkata, mayat pemandu trak, iaitu seorang lelaki berusia 55 tahun dari Linden, ditemukan selepas api berjaya dipadamkan.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis buru lelaki cuba samun, cekik wanita dalam kereta di Tawau
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki Ranau khayal dadah, bikin kecoh tunjuk pistol di Kuala Terengganu
BREAKING: A tractor-trailer truck carrying explosive and hazardous chemicals crashed into a barrier wall and exploded, forcing the evacuation of nearby homes in Clifton, New Jersey.@GeneralMCNews pic.twitter.com/3jZl2rZm1U
— VAL THOR (@CMDRVALTHOR) July 22, 2024
Nahas itu juga menyebabkan sebahagian daripada Laluan 3 ditutup sehingga kini.
Dalam pada itu, penduduk sekitar juga diarahkan untuk berpindah buat sementara waktu.
"Saya keluar di halaman belakang rumah saya dan melihat ada kebakaran besar. Api sangat marak dan kami jadi sangat takut.
"Jadi saya bawa anak-anak dan ibu mertua saya ke rumah abang," kata salah seorang penduduk, Jignasha.
Sementara itu, Pemangku Ketua Bomba Clifton, Daniel Collins berkata, trak itu dipercayai membawa muatan bahan kimia yang berbahaya.
"Trak tersebut mempunyai pelekat padanya, apa yang dapat kami katakan, ia membawa bahan kimia yang boleh menghakis dan meletup.
"Kami bagaimanapun masih cuba untuk mengetahui jenis bahan kimia yang ada di dalam kenderaan tersebut," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram