Dua rangkai kunci kereta, dompet disahkan milik Nur Farah Kartini


  • 112
  • Selasa, 23 Jul 2024

Polis mengesahkan dua rangkai kunci kereta dan dompet mengandungi MyKad yang ditemui di Sungai Trolak adalah milik Nur Farah Kartini.

POLIS mengesahkan dua rangkai kunci kereta dan dompet mengandungi MyKad yang ditemui di Sungai Trolak, Kampung Batu 4, Perak, pada Isnin adalah milik Nur Farah Kartini Abdullah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pencarian berkenaan telah dilakukan oleh Pasukan Forensik Unit Selam Bukit Aman.

“Pasukan telah menemui dua rangka kunci kereta dan satu dompet mengandungi MyKad mangsa. Kedua-dua barang kes ini dipercayai berkaitan dengan kes pembunuhan yang sedang disiasat,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek dilanjut reman 7 hari

BACA LAGI: Kes bunuh Nur Farah Kartini, polis jumpa kunci kereta, dompet dalam sungai Trolak

Sungai

Pasukan penyelam menemui kunci kereta kira-kira pukul 11.20 pagi.

Sementara itu, menurut beliau, suspek yang berusia 26 tahun telah disambung reman selama tujuh hari sehingga 29 Julai depan selepas reman pertama selama tujuh hari tamat pada Selasa.

Pada 17 Julai lalu, telefon bimbit dan dompet dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam operasi pencarian bahan bukti yang dijalankan di Kampung Sri Kledang dan Kampung Batu 4, Trolak, Perak.

Beg tangan terbabit ditemukan kira-kira 26 kilometer dari lokasi penemuan mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan mayatnya dijumpai kira-kira pukul 6 petang pada 15 Julai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram