Di sebalik pelaksanaan subsidi diesel bersasar, kadar inflasi Malaysia kekal positif 2 peratus pada Jun


  • Primer
  • Rabu, 24 Jul 2024

Terdapat peningkatan 2 peratus dalam makanan dan minuman, berbanding 18 peratus pada bulan Mei, dengan subkumpulan utama makanan meningkat 0.9 peratus berbanding 0.5 peratus pada bulan sebelumnya.

KADAR inflasi Malaysia pada Jun 2024 kekal berada pada paras 2 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Pakar ekonomi sebelum ini meramalkan indeks harga pengguna (CPI) negara mungkin terjejas oleh pemansuhan subsidi diesel pukal pada bulan lalu sehingga berpotensi menjadikannya lebih tinggi daripada kadar inflasi Mei yang ketika itu berada pada paras 2 peratus.

Bagaimanapun, data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan peningkatan dalam kos pengguna adalah di bawah kadar median 2.2 peratus yang dijangkakan daripada tinjauan ahli ekonomi seperti dilaporkan Reuters.

BACA LAGI: Kerajaan boleh bawa Singapura ke mahkamah timbang tara selesai perjanjian isu air

BACA LAGI: Malaysia dijangka sukar yakinkan Singapura semak semula perjanjian air — Pakar undang-undang

Data Refinitiv menunjukkan bahawa 22 ahlik ekonomi yang menyumbang kepada tinjauan itu mengunjurkan kadar inflasi antara 1.9 peratus hingga 2.6 peratus.

Menurut Jabatan Perangkaan, perkhidmatan restoran dan penginapan mendahului peningkatan kos dengan kecenderungan 3.3 peratus tahun ke tahun, berbanding 3.2 peratus pada Mei, disebabkan peningkatan dalam subkumpulan utama perkhidmatan penyediaan minuman.

Sementara itu, inflasi bagi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain meningkat pada kadar sama seperti bulan sebelumnya pada 3.2 peratus, disebabkan terutamanya oleh subkumpulan bekalan air dan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan kediaman.

2752875

Pemansuhan subsidi diesel pukal di dalam negara mula dilaksanakan pada Jun lalu. — Gambar hiasan

Terdapat peningkatan 2 peratus dalam makanan dan minuman, berbanding 18 peratus pada bulan Mei, dengan subkumpulan utama makanan meningkat 0.9 peratus berbanding 0.5 peratus pada bulan sebelumnya.

Subkumpulan utama makanan di luar rumah bagaimanapun merekodkan peningkatan perlahan kepada 3.3 peratus daripada 3.4 peratus pada Mei.

Secara bulanannya, inflasi pada Jun meningkat 0.2 peratus berbanding 0.3 peratus pada Mei.

Sepanjang suku kedua April hingga Jun, harga meningkat 0.6 peratus berbanding 0.7 peratus pada suku pertama 2024.

Inflasi teras negara merekodkan kenaikan 1.9 peratus pada Jun, iaitu sama dengan kadar pada Mei. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram