BANK Negara Malaysia (BNM) perlu menjelaskan kepada orang awam mengenai pelaksanaan pembayaran bersama bagi insurans dan takaful kesihatan (MHIT), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Berucap di Dewan Rakyat pada Rabu, Dzulkefly mengatakan yang pihaknya meminta BNM untuk melakukan penjelasan secara terperinci berkenaan perkara tersebut bagi mengurangkan kegusaran awam.
Menurutnya, perkara tersebut merupakan di bawah bidang kuasa BNM dan kerana itu, institusi kewangan tersebut perlu melakukannya.
BACA LAGI: Ketahui maksud produk insurans, takaful dengan pembayaran bersama dan deduktibel
BACA LAGI: [VIDEO] Ambil insurans dan takaful, jangan sampai membebankan — Pakar kewangan
"Pembayaran bersama adalah di bawah bidang kuasa BNM. Saya rasa ia adalah penting mengadakan komunikasi yang strategik, supaya (pelaksanaan perkongsian kos) tidak mencetus kebimbangan.
"Saya meminta BNM untuk melakukan penjelasan terperinci. Kami sentiasa mahu menyokong (usaha ini) selagi ia tidak membebankan rakyat dan fasiliti kesihatan.
"Jika lebih ramai orang tidak mempunyai insurans, mereka akan beratur panjang di fasiliti kesihatan awam," katanya yang menjawab pertanyaan tambahan Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus).
Dzulkefly meminta BNM melakukan penjelasan terperinci mengenai perkongsian pembayaran MHIT.
Sebelum ini, BNM mengumumkan yang syarikat insurans mesti memperkenal polisi insurans perubatan dan kesihatan dengan pilihan perkongsian pembayaraan bermula 1 September 2024.
"Sebagai menteri, saya mahukan penjagaan kesihatan berasaskan nilai. (Tidak sepatutnya) 'bayar untuk perkhidmatan' tetapi 'bayar untuk hasil' supaya (niat) membelanjakan wang itu tercapai," ujarnya.
Tahap inflasi bagi kos kesihatan di negara ini berada pada tahap membimbangkan apabila Malaysia mencatatkan kadar 12.6 peratus pada tahun lalu.
Ia melebihi tahap inflasi di peringkat global iaitu 5.6 peratus. — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM/TARRENCE TAN/GERARD GIMINO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram