HANYA kerana secara kebetulan dirakam menunggang motosikal bersama konvoi Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, seorang ahli Umno didakwa dipecat daripada parti dengan cara yang tidak adil.
Ismail Kassim yang juga ahli Umno Bahagian Balik Pulau di Pulau Pinang berkata, dia hanya mengetahui mengenai pemecatannya ketika Mesyuarat Agung Umno peringkat bahagian yang diadakan pada Sabtu.
Menurutnya, berita mengenai perkara berkenaan juga disampaikan secara lisan kepadanya pemimpin di peringkat bahagian ketika dia mahu mendaftar untuk membuat ucapan sebagai perwakilan ketika mesyuarat berkenaan.
BACA LAGI: Malaysia dijangka sukar yakinkan Singapura semak semula perjanjian air — Pakar undang-undang
BACA LAGI: BERSIH desak pengenalan had maksimum jumlah pengundi kawasan
"Luluhnya hati ni bila baca WhatsApp ditunjukkan oleh SUB (Setiausaha Bahagian). Hanya ALLAH yang tahu. Sebagai ahli yang patuh dengan keputusan serta akur dengan tindakan, maka saya terus bergerak keluar Dewan dengan linangan air mata," tulisnya di Facebook.
Dalam pada itu, dia kemudiannya pada Ahad tampil membuat perkongsian mengenai kronologi yang didakwa menjadi punca kepada pemecatannya.
Menurut hantaran terbabit, Ismail berkata, pemecatannya dilakukannya akibat sekeping gambar yang memaparkannya sedang menunggang motosikal bersama sekumpulan konvoi motosikal Perikatan Nasional (PN) ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang pada tahun lalu.
Berdasarkan foto berkenaan, dia turut dilihat mengangkat tangan dengan melambai ke arah kamera.
"Kronologi daripada gambar inilah saya dipecat daripada ahli Umno. Kisahnya berlaku pada hari Jumaat pukul 6 petang cuma tarikh saya tak ingat. Ketika itu saya baru selesai mempengerusikan mesyuarat ALK Koperasi Pulau Betong (Pulau Pinang) di kampung saya.
"Selesai mesyuarat saya terus pulang awal sedikit sebab kena jaga cucu sekejap. Semasa perjalanan pulang kebetulan saya terpaksa melintasi segerombolan penunggang motosikal dengan membawa bendera PN dan PAS kerana semasa itu kempen PRN sedang hangat.
"Oleh kerana yang hadir beramai-ramai, itu semuanya saya kenal dan mereka pun kenal saya jadilah peristiwa mengangkat tangan secara kebetulan. Kerana itu saja tindakan diambil ke atas saya tanpa usul periksa," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram