ADUN Rembia mahu bongkar taktik buruk Umno di mahkamah


  • Politik
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Muhamad Jailani diumumkan menjadi ahli PAS selepas permohonan menjadi ahli parti itu diterima pada 10 Jun 2023.

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis ternyata tidak gentar selepas dimaklumkan akan dikenakan tindakan undang-undang berikutan keputusannya menyertai PAS minggu lalu.

Muhammad Jailani malah menegaskan bahawa beliau bersedia untuk diheret ke mahkamah oleh Umno serta memberi amaran akan mendedahkan taktik buruk parti itu di mahkamah kelak.

"Saya bersedia membersihkan perkara ini di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

BACA LAGI: ADUN Rembia berdepan tindakan Umno, kerajaan Melaka — Rauf

BACA LAGI: Banyak kekangan kos, GTR Burger sedia perbaiki kualiti, tawar harga murah kepada pengadu

2810762

Ab Rauf sebelum ini mengatakan Umno sedang meneliti tindakan yang bakal dikenakan terhadap ADUN tersebut.

Beliau berkata, pendedahan dan penentangan setiap taktik buruk Umno yang tidak selari dengan undang-undang dan tidak berperlembagaan akan dilakukan demi kebaikan ahli lain.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Umno masih sedang meneliti tindakan yang bakal dikenakan terhadap Muhamad Jailani.

Katanya, tindakan itu akan diambil dari dua sudut berbeza iaitu melalui perlembagaan Umno dan kerajaan negeri sebagai ADUN Melaka.

Ab Rauf berkata, Muhamad Jailani juga perlu menanggung segala kos-kos ganti rugi sebagai calon atas nama Barisan Nasional (BN) dengan jumlah kos yang dikira munasabah.

Pada Sabtu juga, Umno akan memulakan tindakan perundangan terhadap Muhamad Jailani Khamis yang bertindak menyertai PAS selepas digantung keahlian daripada parti.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu dilakukan kerana Muhammad Jailani didapati melanggar Perjanjian Perwakilan Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Melaka yang ditandatangani pada 2021.

Ujar beliau, ADUN Rembia itu juga didapati melanggar akuan bersumpah (SD) ditandatangani beliau yang antara lain menetapkan setiap calon mewakili BN perlu membayar RM100 juta jika melompat parti atau bertukar haluan daripada menyokong BN, Umno, MIC dan/atau MCA, termasuk menjadi ADUN Bebas.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram