PERIKATAN Nasional (PN) yakin calon dipertaruh gabungan itu bagi mempertahankan DUN Nenggiri ‘lebih matang’ berbanding wakil Barisan Nasional (BN), kata Tan Sri Annuar Musa.
Menurut laporan FMT, dia yang bertindak sebagai pengarah operasi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri berkata, calon itu juga individu aktif dalam parti dan mempunyai pengalaman politik.
“Calon memang mustahak, tapi yang berlawan ini bukan berlawan ‘body’, ini perlawanan perjuangan besar.
"Pertama, calon kita tentu jauh lebih ‘style’, lebih baik, lebih bagus, lebih segalanya daripada calon yang mereka (BN) umumkan itu, calon kita dijamin lebih matang daripada calon (BN)," katanya.
BACA LAGI: SPR sahkan pembelian 3 borang pencalonan PRK DUN Nenggiri
BACA LAGI: Sah calon BN di PRK Nenggiri, Mohd Azmawi diyakini mampu kembalikan semula kerusi tradisi
BN sudah mengumumkan calon yang bakal bertanding dalam PRK Nenggiri.
Annuar berkata demikian dalam ceramah di Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan pada Sabtu sambil menegaskan pengumuman rasmi calon akan dibuat pucuk pimpinan kelak.
Seperti kempen PN sebelum ini pada pilihan raya, Annuar juga mengulangi ‘pujukan’ sama agar ahli Umno memberi undi kepada calon gabungan itu sebagai isyarat protes pada pimpinan mereka.
Katanya, memberi undi kepada BN ibarat menyokong DAP.
Pada Sabtu, media melaporkan BERSATU kemungkinan besar meletakkan calon langsung iaitu seorang pegawai kerajaan Kelantan di Dabong mewakili PN.
Sumber parti itu memberitahu, pimpinan parti dikatakan cenderung memilih Sun Najaman Muhamad mempertahankan Nenggiri pada PRK bulan depan.
Sebelum ini, media melaporkan Sheikh Razali Hamad yang merupakan bekas Ketua Pemuda Umno Gua Musang turut dipertimbang calon berpotensi PN menjelang PRK Nenggiri.
BN sebelum ini mengumumkan mempertaruhkan Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calonnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram