Polis buru suspek culik dan lepas 2 kanak-kanak perempuan di Sungai Buloh


  • Massa
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Dua kanak-kanak perempuan dipercayai menjadi mangsa penculikan oleh seorang pemandu Bezza di sekitar Sungai Buloh pada Jumaat.

DUA kanak-kanak perempuan tular di media sosial dipercayai menjadi mangsa penculikan oleh seorang pemandu kereta Perodua Bezza selamat ditemukan selepas ditinggalkan di tepi jalan.

Difahamkan insiden itu berlaku di sekitar kawasan Sungai Buloh, Selangor pada Jumaat (19 Julai).

Menerusi posting Facebook Kuala Selangor Official, dua kanak-kanak perempuan itu ditinggalkan oleh pemandu tersebut berhampiran kawasan kejadian selepas perbuatannya tular di media sosial.

BACA LAGI: Suspek pembunuhan Nur Farah Kartini anggota polis di Perak

BACA LAGI: Polis Melaka cekup remaja 13 tahun jadi dalang geng curi motosikal

Menurut hantaran yang dimuat naik Kuala Selangor Official, kanak-kanak berkenaan dipercayai berumur enam dan lapan tahun itu ditemui selamat oleh orang ramai kira-kira dua jam selepas kejadian.

Modus operandi pemandu Bezza itu ialah mengumpan dua orang kanak-kanak tersebut dengan wang sebelum mempelawa mereka menaiki kenderaan.

Difahamkan laporan polis telah dibuka bagi meneruskan siasatan berhubung kes penculikan itu pada Jumaat.

Ibu kepada dua kanak-kanak itu turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat berkenaan insiden terbabit.

"Alhamdulilah, anak saya telah dijumpai. Suspek (pemandu Bezza) tersebut telah tinggalkan anak saya di taman berdekatan rumah.

"Terima kasih semua yang panjangkan hantaran ini dan viral, syukur alhamdulliah semuanya selamat," kata Ayin Aien.

Manakala seorang lagi pengguna media sosial, Nur Azura mendakwa kes sebegini pernah terjadi semasa hari raya dan masih dalam siasatan pihak polis.

"Kes masih siasatan polis, sebab kes macam ini pernah terjadi juga masa raya hari itu.

"Dia bawa budak, bila dah kecoh dia pulangkan balik budak itu. Tapi petang (kejadian) tengah malam baru hantar balik.

"Anak buah saya dalam dua jam dia pulang balik, taktika yang sama tunjuk kertas dan duit selepas itu budak ikut masuk kereta.

"Takut penculik ada masalah, anak-anak cakap dia tak ada buat apa, belikan air dan bagi duit.

"Penculik itu memang tak kenal bukan orang terdekat," jelasnya.

Dalam perkembangan terbaharu, pihak polis sedang mengesan seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam cubaan melarikan dua kanak-kanak di Taman Ikan Emas, Jeram, Selangor pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram