Suspek pembunuhan Nur Farah Kartini anggota polis di Perak


  • 112
  • Selasa, 16 Jul 2024

Pihak polis mengesahkan suspek utama kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ialah seorang anggota polis.

PIHAK polis mengesahkan suspek utama kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah merupakan seorang anggota polis.

Perkara itu mendapat pengesahan daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris pada Selasa (16 Julai).

Azizi berkata, individu berusia 26 tahun itu merupakan lans koperal dari balai polis Slim River, Perak.

BACA LAGI: Kekasih sendiri suspek kes bunuh Nur Farah Kartini — Polis

BACA LAGI: Abang tak putus harapan, keluarga di Sarawak terkedu terima khabar duka kematian Nur Farah Kartini

"Dia sudah berkhidmat dengan pasukan polis kira-kira lima tahun.

"Kini suspek sedang disiasat oleh polis Selangor.

"Dalam siasatan polis Muallim, (suspek) menunjukkan di mana kesalahan itu dilakukan,” katanya.

Sementara itu, perintah mahkamah di Hulu Selangor diperolehi pada Selasa (16 Julai) untuk menahan reman suspek selama tujuh hari sehingga 22 Julai.

Sebelum ini, Farah Kartini, dilaporkan hilang selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di sekitar kawasan Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada Rabu lalu.

Mangsa juga difahamkan, bekerja di bahagian pemasaran sebuah syarikat percetakan di Tanjung Malim, namun dalam masa sama turut membuat kerja sambilan di syarikat penyewaan kereta.

Laporan kehilangan telah dibuat oleh rakannya pada awal pagi Khamis (11 Julai).

Namun, mangsa ditemui mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada Isnin (15 Julai).

Sementara itu, Azizi memuji tindakan yang diambil oleh Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir dalam mengendalikan siasatan tersebut.

"Saya berbangga dengan OCPD Muallim.

"Selepas laporan orang hilang dibuat, dia segera mengeluarkan kenyataan akhbar dalam usaha mengesan mangsa," jelasnya.

Pada Isnin, Hussein mengesahkan penahanan seorang penjawat awam berusia 26 tahun berikutan penemuan mayat itu. — The Star/ IVAN LOH dan JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram