Selain KLIA, sistem KTMB turut alami gangguan teknikal


  • Primer
  • Jumaat, 19 Jul 2024

Kerja-kerja membaik pulih sistem perolehan tiket dan aduan sedang giat dilakukan syarikat pengangkutan awam tersebut.

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan Sistem Tiket Integrasi KTMB (KITS) serta kesemua saluran aduan pusat perkhidmatan pelanggan mereka terjejas akibat gangguan teknikal di peringkat global.

Dalam satu hantaran di akaun Facebook KTMB pada Jumaat, kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan dalam usaha membantu kesemua penumpang.

"“Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan dan KTMB memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas perhatian anda,” tulisnya.

BACA LAGI: KLIA sesak, terjejas gangguan teknikal global

BACA LAGI: Selain KLIA, sistem KTMB turut alami gangguan teknikal

WhatsApp Image 2024-07-19 at 6.55.30 PM

Beberapa lapangan terbang seluruh dunia turut terjejas akibat masalah itu.

Laporan di peringkat global pada Jumaat mengesahkan terdapat gangguan dialami, terutamanya dari segi perkhidmatan pengangkutan awam dengan isu tersebut dikaitkan dengan platform keselamatan siber 'Crowdstrike'.

Syarikat berkenaan dibangunkan di Amerika Syarikat dan berpangkalan di Austin, Texas yang menyalurkan perkhidmatan dalam menguruskan keselamatan siber di peringkat global. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram