KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan empat unit tren elektrik (ETS) iaitu masing-masing dua bagi laluan Padang Besar-KL Sentral dan sebaliknya serta KL Sentral-Butterworth dan sebaliknya sempena Aidiladha.
KTMB dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa tren tambahan bagi laluan Padang Besar ke KL Sentral dan sebaliknya akan beroperasi bermula 13 hingga 18 Jun dan 21 hingga 23 Jun.
Manakala, laluan Butterworth ke KL Sentral dan sebaliknya beroperasi dari 13 hingga 18 Jun.
BACA LAGI: Faisal perlu 'environment' baharu untuk proses pemulihan, bantu berjalan semula
BACA LAGI: Polis siasat kes guru sekolah Ampang denda pelajar berdiri di padang 2 jam
“Sebanyak 9,450 tiket tren tambahan termasuk koc kelas perniagaan akan mula dijual pada Ahad (26 Mei) bermula pukul 3 petang.
“Penambahan perkhidmatan ini bertujuan menampung permintaan tinggi semasa musim perayaan dan mengelakkan kesesakan trafik bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman.
"Orang ramai disaran membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) yang boleh dimuat turun melalui Play Store, Appstore dan App Gallery atau beli terus menerusi laman sesawang rasmi KTMB," menurut kenyataan itu.
KTMB turut menasihati pengguna agar merancang perjalanan dan membuat pembelian lebih awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan serta elakkan pembelian tiket di saat akhir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram