'Kawal emosi', Nidzam ingatkan pemain Selangor FC 'belajar' terima keputusan pengadil


  • Podium
  • Jumaat, 19 Jul 2024

Selangor FC tewas 0-1 di tangan KL City FC dalam saingan derbi Lembah Klang Liga Super yang berlangsung baru-baru ini. — MFL

'KAWAL emosi anda untuk perlawanan akan datang.'

Itu nasihat diberikan jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil kepada pemainnya bagi memastikan mereka tidak mengambil risiko menimbulkan kemarahan pengadil dengan bantahan yang berterusan ketika perlawanan.

Semasa perlawanan derbi Lembah Klang dalam saingan Liga Super menentang Kuala Lumpur (KL) City FC baru-baru ini yang menyaksikan Gergasi Merah tewas 0-1, pemain Selangor FC dilihat kerap membuat bantahan atas beberapa keputusan pengadil.

BACA LAGI: Ketua Menteri Melaka tak perlu layan provokasi bubar DUN

BACA LAGI: Kos ganti paip air lama dianggar cecah RM10 bilion — Menteri

Malah terdapat antaranya mengambil risiko mendapat kad kuning kerana tidak gagal mengawal emosi semasa perlawanan.

Sehubungan itu, Nidzam mahu pasukannya kekal tenang walaupun mereka tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan dibuat.

“Kita harus menumpukan pada perkara kecil untuk menjadi pasukan yang lebih besar. Hanya perkara kecil yang membezakan kami. Bola sepak adalah permainan emosi.

"Kadangkala keputusan daripada pengadil dan pandangan pemain mungkin berbeza. Apabila kita mempersoalkan kebanyakan keputusan, ia akan menjejaskan keputusan seterusnya.

“Pengadil cuba menjalankan tugasnya dengan baik. Ini adalah sukan yang beremosi dan melibatkan pertembungan fizikal. Saya harap kita dapat mengurangkannya. Dalam situasi seperti ini, kami perlu bekerjasama bersama pengadil dengan lebih baik,” katanya.

450309191_18440925652006712_8534219254134341309_n

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil. — Selangor FC

Meskipun kekalahan dalam saingan derbi itu disifatkan agak menyakitkan, Nidzam mengingatkan anak buahnya untuk mempersiapkan diri menghadapi perlawanan penting menentang Terengganu pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Terengganu pada Jumaat.

Gergasi Merah akan tampil tanpa khidmat pemain import utamanya, Yohandry Orozco dan pemain sayap, Jordan Reziq Bani Hani kerana penggantungan.

Namun, perkara itu tidak memberikan kerisauan terhadap Nidzam.

"Kami mempunyai kualiti pemain diperlukan. Saya percaya kami akan mempunyai kesebelasan yang bersedia untuk bersaing,” ujarnya. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram