Secara teknikal, 6 bekas MP BERSATU masih bersama PN — Speaker


  • Primer
  • Rabu, 17 Jul 2024

Johari berkata, beliau masih belum menerima sebarang notis bertulis daripada PN bahawa keenam-enam ahli parlimen itu tidak lagi bersama blok pembangkang.

ENAM ahli Parlimen yang dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan mengekalkan kerusi masing-masing masih dianggap sebagai Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Menurut Johari, beliau masih belum menerima sebarang notis bertulis daripada PN bahawa keenam-enam ahli Parlimen itu tidak lagi bersama blok pembangkang.

“BERSATU telah menulis surat kepada saya. Tetapi bukan Perikatan (PN). Rekod kami dengan Perikatan, bukan BERSATU atau PAS,” katanya semasa Sesi Soal Jawab pada Rabu.

BACA LAGI: Ketua Menteri Melaka tak perlu layan provokasi bubar DUN

BACA LAGI: Kos ganti paip air lama dianggar cecah RM10 bilion — Menteri

Isu itu timbul apabila Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) membuat pertanyaan mengenai kedudukan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) yang masih duduk bersama Ahli Parlimen Pembangkang.

“Bukit Gantang (Syed Abu) (bukan lagi) dari Perikatan, Kenapa dia duduk di situ?” tanya Shaari.

Johari menjawab bahawa PN perlu menulis untuk memaklumkan bahawa Syed Hussin bukan lagi ahli Parlimen PN.

2805549

Kesemua enam bekas Ahli Parlimen BERSATU yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri masih mengekalkan kerusi masing-masing walaupun tidak lagi menjadi ahli parti.

Kesemua enam bekas Ahli Parlimen BERSATU yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai ahli Parlimen walaupun tidak lagi menjadi ahli parti.

Keahlian mereka ditarik balik selepas mereka gagal mengikrarkan kesetiaan kepada parti secara bertulis pada 31 Mei lalu selaras dengan pindaan Perlembagaan BERSATU baru-baru ini.

ADUN Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari yang juga menyokong kerajaan Selangor turut dapat mengekalkan kerusinya di DUN negeri berkenaan.

Susulan daripada perkembangan tersebut, BERSATU berkata, ia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap enam ahli Parlimen dan wakil rakyat tunggal yang menyokong Anwar. — The Star/TARRENCE TAN/RAGANANTHINI VETHASALAM/GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram