MENTERI Sumber Manusia, Steven Sim menafikan dakwaan pihaknya ada menghalang mana-mana pihak daripada bertemu dengannya di Kementerian Sumber Manusia.
Steven menafikan dakwaan tersebut selepas timbul cakap-cakap mengatakan pihaknya ada menghalang wakil daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) daripada bertemu dengannya.
Beliau berkata, pintu selalu terbuka untuk sesiapa berjumpa dengannya tetapi buat masa sekarang, Steven sibuk menguruskan pelbagai tugasan kementerian jagaannya.
BACA LAGI: PAC beri masa 3 bulan kepada HRD Corp serahkan laporan audit
BACA LAGI: SPRM panggil 10 individu bantu siasatan audit HRD Corp
"Saya tak tahu jika ada sesiapa yang dihalang daripada bertemu dengan saya. Pintu saya sentiasa terbuka. Mungkin anda tidak dapat berjumpa dengan saya lagi.
"Kami sedang bekerja keras untuk lima perkara penting dibawah bidang kuasa kementerian. Terdapat pelbagai isu yang perlu diselesaikan, saya minta maaf jika ada sesiapa yang tidak dapat berjumpa.
"Tetapi pintu saya sering terbuka dan tiada siapa yang dihalang daripada bertemu saya atau pegawai atasan kementerian," jelas Steven ketika sidang media dekat Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Steven Sim
Mengenai isu HRD Corp, Steven mengatakan pihaknya menubuhkan jawatankuasa khas dan sudah bertemu dengan wakil entiti tersebut.
Mereka juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan isu terbabit.
"Pertemuan kedua (dengan HRD Corp) akan diadakan selepas sesi Parlimen berakhir minggu ini kerana kami sibuk dengan pelbagai perkara ketika ini.
"Selepas ini, jawatankuasa khas akan bertemu untuk menentukan tindakan susulan seterusnya," jelas Steven. — The Star/TARRENCE TAN/RAGANANTHINI VETHASALAM/GERARD GIMINO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram