BEKAS Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun membuat gesaan agar kerusi enam bekas Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dikosongkan.
Katanya demikian ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam satu episod podcast Keluar Sekejap baru-baru ini.
Beliau berkata, sesuatu undang-undang tidak perlu ditafsirkan lagi sekiranya ia jelas memenuhi kriteria dan syarat.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Stuntman' Rusia maut 'terlipat' jatuh 6 meter lepas buat aksi berbasikal atas tali
BACA LAGI: MPKS tak cadang wujud tapak penjaja di Eco Grandeur, ada 10 lagi petak kosong sekitar Puncak Alam
Tan Sri Azhar Azizan Harun
Mengulas lanjut, Azhar berkata, akta lompat parti berlaku apabila seorang Ahli Parlimen meletakkan jawatan atau tidak lagi menjadi ahli partinya sekali gus merupakan situasi yang terpakai kepada enam bekas ahli BERSATU mengikut Seksyen 49A Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, Johari membuat keputusan bahawa kedudukan kerusi enam bekas Ahli Parlimen daripada BERSATU adalah kekal dan tidak dikosongkan.
Keputusan itu juga disampaikan kepada pimpinan BERSATU pada 10 Julai lalu.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun meluahkan kekecewaanya terhadap dengan keputusan itu dan mendakwa Speaker telah menyalahtafsir Perlembagaan Persekutuan.
Muhyiddin berkata, Peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat itu hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik.
Johari Abdul
Beliau kemudiannya meminta Johari untuk menegakkan tujuan dan hasrat sebenar peruntukan 49A Perlembagaan Malaysia yang bertujuan mengekang perbuatan khianat ahli Dewan Rakyat yang menodai mandat rakyat semasa pilihanraya.
Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang).
Kesemua ahli terbabit sebelum ini dilaporkan terhenti keahlian selepas mereka gagal untuk mengikut surat arahan parti bagi menyatakan ikrar taat setia kepada BERSATU.
Mereka turut mengisytiharkan pendirian bertentangan dengan parti apabila bertindak menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram