PASUKAN gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan bakal melakukan rombakan besar-besaran dengan enam pemain difahamkan sudah melapor diri di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, Johor.
Meskipun mencatatkan rekod bersih dalam semua perlawanan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, namun JDT sepertinya belum berpuas hati dengan pencapaian yang dicapai ketika ini.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pemerhati bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman mengenai beberapa perpindahan melibatkan JDT.
BACA LAGI: Milos Gordic ada masa kurang sebulan buktikan kemampuan jika enggan digantikan 3 calon ideal
BACA LAGI: Pemain JDT bersatu hati di bilik persalinan, saya boleh turunkan sesiapa saja — Hector Bidoglio
JDT dijangka bawa masuk enam pemain baharu menjelang jendela perpindahan kedua Liga M Ogos depan.
Malah, Juan turut memberi bayangan bahawa JDT akan menerima beberapa wajah baharu antaranya import Korea Selatan, dua pemain Sepanyol, seorang Colombia dan pemain Argentina.
Menariknya, seorang lagi pemain Malaysia dijangka bakal mewarnai jendela perpindahan kedua yang dipercayai dibuka Ogos nanti.
Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang dijangka bakal menabur bakti bersama Harimau Selatan.
Pemain warisan Malaysia-England, Richard Chin.
1) Richard Chin
Nama Richard Chin tidaklah begitu asing dalam kalangan penyokong Liga M kerana dia merupakan pemain warisan Malaysia-England.
Meskipun baru berusia 21 tahun, Richard tampil cemerlang bersama Charton Athletic sebelum ini.
Dengan khabar angin yang kini diterima oleh penyokong JDT, pastinya mereka akan teruja dengan kehadiran pemain muda tersebut.
Beraksi bersama Charton Athletic, Richard dijangka mampu menajamkan lagi posisi sayap kanan JDT menerusi larian pantas serta kawalan kemas dimiliki.
Selain mampu beraksi di posisi sayap, Richard juga berkebolehan diturunkan selaku pertahanan kiri dan kanan yang sebagai pemain kedua di belakang Corbin Ong dan Matthew Davies.
Penjaga gol muda Terengganu FC, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin.
2) Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin
Penjaga gol muda Terengganu FC, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin dijangka akan terbang ke bumi Johor selepas prestasi cemerlang yang ditampilkan olehnya sepanjang bersama Sang Penyu.
Syed yang diberi peluang untuk mengisi kekosongan penjaga gol utama Sang Penyu, Suhaimi Husin akibat kecederaan dilihat membuktikan kemampuannya.
Ia dapat dilihat selepas dua perlawanan Liga Super, Syed berjaya mencatatkan satu perlawanan tanpa bolos ketika bertemu Penang FC, Ahad lalu di samping sekali bolos ketika menentang Perak di Gong Badak 11 Mei lalu.
Dalam pada itu, dengan prestasi yang tidak menentu bagi penjaga gol kedua dan ketiga Harimau Selatan, Syed dijangka mampu menggalas tugas benteng terakhir JDT.
Syed merupakan penjaga gol yang dilihat berpotensi untuk menjadi pelapis skuad JDT bagi menggantikan posisi Izham Tarmizi dan Farizal Marlias.
Leandro Velazquez.
3) Leandro Velazquez
Nama bekas pemain berjersi 10, Leandro Velazquez antara yang disebut-sebut penyokong JDT bakal kembali ke pangkuan Harimau Selatan tidak lama lagi.
Ia berikutan selepas bekas tonggak JDT itu sebelum ini dilaporkan kembali ke Iskandar Puteri sebagai status naturalisasi.
Sebelum ini, TMJ turut berharap pemain yang berjaya membantu JDT menjuarai Piala AFC 2015 itu akan menjadi pemain tempatan kerana beliau menyifatkan Leandro antara pemain tengah terbaik dalam Liga Malaysia ketika ini.
Dalam pada itu, kehadiran Leandro dijangka mampu mewarnai kancah bola sepak tanah air kerana kembali sebagai pemain naturalisasi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram