Pemain JDT bersatu hati di bilik persalinan, saya boleh turunkan sesiapa saja — Hector Bidoglio


  • Podium
  • Isnin, 15 Jul 2024

Pertahanan Sabah FC (jersi merah) gagal menyekat kemaraan jentera serangan Harimau Selatan apabila tewas 1-3 pada Sabtu. — Facebook/Sabahfc

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super 2024 apabila menewaskan Sabah FC 3-1 pada Sabtu lalu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah itu menyaksikan dua penyerang berbisa, Romel Morales dan Bergson da Silva menjadi watak penting Harimau Selatan meraih kemenangan berharga itu.

Jentera serangan Harimau Selatan kini boleh dianggap 'menggerunkan' kerana mempunyai empat penyerang berbisa antaranya Fernando Forestieri, Heberty Fernandes, Bergson dan Morales.

BACA LAGI: Milos Gordic ada masa kurang sebulan buktikan kemampuan jika enggan digantikan 3 calon ideal

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mental kau kuat dik', juara cilik badminton terpaksa selfie lepas tak dilayan mahu ambil gambar kenangan

WhatsApp Image 2024-07-15 at 14.42.56 (1)

Sebahagian aksi ketika pertahanan Sabah FC mengawal ketat penyerang JDT, Bergson (tengah). — Facebook/Sabahfc

Morales yang baru sahaja menyertai Harimau Selatan awal musim ini menunjukkan taring apabila sudah meledak enam gol dalam lima perlawanan domestik musim ini, membuktikan bahawa pembeliannya bukan sekadar untuk mengisi kekosongan namun mampu memberi impak kepada skuad itu.

Morales membuktikan ketajamannya di depan pintu gawang dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-20 dan m-43 dan gol ketiga menerusi Bergson pada minit ke-92, manakala gol tunggal Sabah dijaringkan oleh bek tengah Brazil, Gabriel Peres pada minit ke-52.

“Kami mempunyai skuad yang cemerlang, di bilik persalinan juga kami bersatu hati, jadi saya boleh bergantung pada sesiapa sahaja.

“Ambil Romel sebagai contoh, dia menyertai tahun ini dan cepat menyesuaikan diri. Dia tahu kelab nak apa dan berjaya membuktikannya.

"Saya gembira kerana semua pemain saya, termasuk Romel, melakukan perkara yang diperlukan oleh kelab," kata Bidoglio.

Meskipun pintu gawang JDT dibolosi namun Bidoglio gembira kerana anak-anak buahnya tidak gopoh dan kekal dalam sistem pasukan.

"Sabah bermain dengan baik meskipun kami berjaya menguasai permainan dan apabila kami kehilangan bola, Sabah terus melancarkan serangan dan mereka dapat penalti pada minit ke-52.

"Namun, anak-anak buah saya berjaya menguasai permainan semula dan berjaya meraih kemenangan 3-1, dan ia baik untuk kami," katanya.

Dengan kemenangan kelima itu, JDT terus gah menghuni tangga teratas dalam carta dengan 15 mata, manakala Sabah menduduki tangga keempat. — The Star/T.AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram