[VIDEO] 'Stuntman' Rusia maut 'terlipat' jatuh 6 meter lepas buat aksi berbasikal atas tali


  • Benua
  • Selasa, 16 Jul 2024

Tangkap layar video memaparkan detik-detik mangsa terjatuh ketika melakukan aksi berbasikal di gelanggang sarkas.

SEORANG pelakon aksi lagak ngeri atau stuntman tidak bernasib baik selepas terjatuh ketika membuat persembahan di sebuah sarkas di Demidov, Rostov-on-Don, Rusia pada Isnin.

Insiden cemas itu berlaku semasa mangsa, Sixto Octavio Chavarro, 44, yang berasal dari Colombia itu sedang melakukan aksi berbasikal di atas tali yang tingginya lebih 20 kaki (6 meter).

Menerusi video tular di media sosial, lelaki tersebut terpaksa mengimbangkan dirinya di atas basikal kecil ketika itu.

BACA LAGI: Pasangan suami isteri pempengaruh disyaki seleweng derma bebas dengan jaminan

BACA LAGI: MPKS tak cadang wujud tapak penjaja di Eco Grandeur, ada 10 lagi petak kosong sekitar Puncak Alam

Beberapa saat kemudian, mangsa dilihat tersilap langkah sebelum terjatuh bersama basikalnya di atas pentas sarkas tersebut.

Dalam video sama, kedengaran suara-suara jeritan daripada para penonton yang majoritinya kanak-kanak apabila menyaksikan kejadian itu.

Pada masa sama, Sixto juga dilihat terbaring dan tidak sedarkan diri di atas pentas akibat hentakan kuat pada kepalanya.

Para petugas sarkas kemudiannya berusaha membawa keluar mangsa dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut namun disahkan sudah meninggal dunia.

Susulan itu, Jawatankuasa Penyiasatan Rusia menjalankan siasatan terhadap kejadian berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram