MPKS tak cadang wujud tapak penjaja di Eco Grandeur, ada 10 lagi petak kosong sekitar Puncak Alam


  • Primer
  • Selasa, 16 Jul 2024

Tapak kosong yang selalu digunakan para peniaga sebenarnya tidak digazetkan sebagai lokasi penjaja di Eco Granduer, Puncak Alam, Selangor.

MAJLIS Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) tidak bercadang mahu mewujudkan tapak penjaja di kawasan Jalan Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.

Yang Dipertua MPKS, Mohamad Hanafe Basri berkata, tapak kosong yang selalu digunakan para peniaga sebenarnya tidak digazetkan sebagai lokasi penjaja.

Beliau bagaimanapun berkata, MPKS menawarkan 10 lokasi petak kosong di tapak-tapak penjaja sekitar Puncak Alam.

BACA LAGI: YB jemput penjaja Puncak Alam jumpa ‘empat mata’, buat aduan

BACA LAGI: Suspek bunuh Nur Farah Kartini tunjuk kawasan semak, anak sungai di lokasi mayat dijumpai

bendera_mpks_0

MPKS menawarkan 10 lokasi kosong di sekitar kawasan Puncak Alam selain Eco Grandeur.

Katanya, 10 lokasi tapak kosong penjaja itu di hadapan Pasar Raya Lotus's, Dataran Alam Suria dan Pusat Perniagaan Alam Jaya, Puncak Alam.

"Selain itu, tapak penjaja lain ialah Astana Alam, Puncak Bestari, Lorong Cakera Purnama 12/28, di hadapan Apartment Residensi Warnasari 2, Naluri Sukma dan hadapan Alpina Abadi Puncak Alam.

"Hasil semakan lanjut MPKS, terdapat 50 penjaja berniaga tanpa permit di atas tempat letak kereta sekitar kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, MPKS turut menerima sebanyak 31 aduan daripada pemilik premis dan penyewa di Eco Grandeur serta orang awam berkaitan aktiviti perniagaan tersebut sejak Januari 2024.

Tambahnya, Jabatan Pelesenan berkolaborasi bersama Jabatan Penguatkuasa MPKS telah menjalankan operasi pada 29 Jun lalu bermula pukul 8 malam.

"Semasa operasi dijalankan, Jabatan Pelesenan telah menyerahkan borang permohonan tapak penjaja kepada semua penjaja dan tindakan kompaun oleh Jabatan Penguat kuasa MPKS," katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Puncak Alam merayu MPKS supaya tidak meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan mereka di Jalan Eco Grandeur, Puncak Alam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram