[VIDEO] Ibu 2 anak meninggal dunia lepas 5 hari kritikal akibat kebakaran bilik sewa di Melaka


  • 112
  • Isnin, 15 Jul 2024

Tangkap layar video memaparkan kebakaran yang berlaku di sebuah bilik sewa di Jalan Plaza Mahkota, Melaka pada Khamis lalu. — Facebook

SEORANG wanita yang kritikal selepas terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah bilik sewa di Jalan Plaza Mahkota, Melaka pada Khamis lepas meninggal dunia di Hospital Melaka pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, mangsa, Azliha Ngah Ariffin, 40, meninggal dunia pukul 12.44 tengah hari.

Beliau berkata, mayat mangsa kini dalam proses bedah siasat di hospital berkenaan.

BACA LAGI: Sengaja paksa anak remaja tidur di koridor flat 4 hari berturut-turut, ibu bapa ditahan polis di Pasir Gudang

BACA LAGI: Had laju kenderaan di kawasan sekolah akan dikurangkan kepada 30km/j — Zahid Hamidi

Untuk rekod, mangsa juga merupakan ibu kepada dua anaknya yang maut dalam kebakaran sama.

Dalam kejadian sama, dua beradik perempuan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka selepas terperangkap dalam kebakaran di bilik sewa berkenaan.

Sementara itu, arwah Azliha juga dikatakan terpaksa meletakkan anaknya berusia dua tahun di dalam almari untuk mengelakkan daripada terhidu asap tebal sebelum ketiga-tiga mereka meninggal dunia.

Dua anaknya, Nur Riaisha Zahra Abdullah, 2, dan Nuralia Karisa Abdullah, 12, bersama Azliha juga ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota bomba di tingkat tiga bangunan rumah kedai itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram