[VIDEO] Lamborghini terbalik dijilat api, pemandu maut terbabas di Bentong


  • 112
  • Ahad, 30 Jun 2024

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM dengan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — Bomba

SEORANG lelaki maut selepas kereta mewah dipandunya, Lamborghini dipercayai terbabas sebelum terbakar di Kilometer (KM) 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur, Bentong, Pahang pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.06 pagi.

Susulan daripada itu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

BACA LAGI: Johor bukan rakan kongsi istimewa seperti Sabah dan Sarawak — Pakar Perlembagaan

BACA LAGI: Rafizi, Isham individu tepat berdebat, selesai polemik rasionalisasi subsidi bahan api — Penganalisis

"Terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbabas dengan peratusan kebakaran kira-kira 100 peratus.

"Seorang lelaki dewasa iaitu pemandu tersepit di dalam kereta manakala satu perempuan dewasa iaitu penumpang kereta telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan.

Ismail berkata, kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera selain mengeluarkan mangsa.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, video mengenai kejadian tersebut turut tular menyaksikan keadaan kenderaan terbabit yang berada dalam keadaan terbakar hangus di tepi lebuh raya terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram