Sengaja paksa anak remaja tidur di koridor flat 4 hari berturut-turut, ibu bapa ditahan polis di Pasir Gudang


  • 112
  • Khamis, 11 Jul 2024

Remaja tersebut diselamatkan selepas empat hari dihalang memasuki rumahnya di Pasir Gudang, Johor.

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun berjaya diselamatkan selepas dihalang memasuki rumah sehingga terpaksa tidur di koridor rumah pangsapuri kos rendah keluarganya di Pasir Gudang, Johor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, remaja tersebut diabaikan ibu bapanya sejak 7 Julai lalu.

Susulan itu, Sohaimi berkata, pihaknya menahan pasangan suami isteri berusia 54 dan 56 tahun yang merupakan ibu bapa remaja terbabit.

BACA LAGI: Lepasan SPM 10A gagal dapat tempat, ditawar matrikulasi menjelang Ogos — Fadhlina Sidek

BACA LAGI: Disyaki meninggal lebih 5 hari, mayat 2 wanita membusuk dalam kereta di Bukit Mertajam angkara terhidu gas helium

msg1050426791-35195

Remaja tersebut yang terpaksa tidur di kaki lima rumahnya.

Beliau berkata, pasangan tersebut kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut.

"Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing kedua-dua suspek adalah negatif dadah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram