SERAMAI tujuh orang dilaporkan terbunuh dalam kemalangan membabitkan kereta api dengan bas di Slovakia pada Khamis.
Dalam kemalangan yang berlaku sekitar 5 petang itu, kereta api yang bergerak dari Prague, Czechia menuju Budapest, Hungary bertembung sebuah bas di Nove Zamky, selatan Slovakia.
Selain tujuh nyawa terkorban, sekurang-kurangnya lima penumpang yang lain mengalami kecederaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Letak tepi kucing, pemuda Indonesia dukung anak perempuan jiran terselamat dirempuh kereta
BACA LAGI: [VIDEO] Polis AS tahan pemandu rempuh 2 penunggang basikal sampai terperosok bawah kereta
Bas yang terlibat dengan kemalangan itu terbelah kepada dua. — Agensi
Menurut laporan, bas yang bertembung itu mengalami kerosakan kritikal serta terbelah menjadi dua sambil enjin kereta api terbakar. Sebagai rekod, pemandu bas tersebut terselamat.
Menteri Dalam Negeri Slovakia, Matus Sutai Estok yang melawat ke tempat kejadian mendapati tidak semua mangsa terkorban meninggal dunia di tempat kejadian.
Malah, punca kejadian masih belum dapat dipastikan oleh pihak berkuasa.
Seramai 200 penumpang kereta api yang terjejas akibat kemalangan tersebut dipindahkan dengan menaiki bas menuju ke Sturovo yang merupakan kawasan sempadan Hungary.
Sementara mereka yang mengalami kecederaan terpaksa dibawa ke hospital di bandar berdekatan kerana fasiliti kesihatan di sekitar kawasan kejadian ditutup akibat terjejas dengan banjir.
Sebagai rekod, empat yang cedera itu adalah penumpang bas sementara seorang lagi merupakan pemandu enjin kereta api yang mengalami kebakaran ringan.
Akibat kemalangan ini, laluan utama kereta api menghubungkan ibu negara Slovakia, Brastilava dengan Budapest terpaksa ditutup hingga 4 pagi waktu tempatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram