Had laju kenderaan di kawasan sekolah akan dikurangkan kepada 30km/j — Zahid Hamidi


  • Primer
  • Isnin, 15 Jul 2024

Had laju kenderaan di zon sekolah akan dikurangkan kepada 30 km/j dalam masa terdekat. — Gambar hiasan/The Star

HAD laju di zon sekolah akan dikurangkan daripada 40 kilometer sejam (km/j) kepada 30 km/j tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, ia susulan sebanyak 322 kes kemalangan jalan raya di zon tersebut direkodkan di seluruh negara pada 2023 yang membabitkan kecederaan dan kematian.

Beliau berkata, hasil penyelidikan antarabangsa memaparkan bahawa setiap satu kilometer pengurangan kelajuan boleh menurunkan kadar kematian sebanyak empat hingga lima peratus.

BACA LAGI: Pastikan urusan sekolah 'anak syurga' selesai jika mahu pindahkan penduduk Kampung Sungai Baru — NASOM

BACA LAGI: Cadangan dah setahun baru nak dipertimbangkan, ramai desak lanjut tempoh sah laku pasport 10 tahun, harga kekal RM200

Zahid Hamidi mengumumkan perkara itu susulan peningkatan kes kemalangan di zon terbabit. — The Star

Katanya, kajian tersebut turut mendapati pengurangan kelajuan sebanyak lima peratus boleh mengurangkan kemalangan maut sebanyak 30 peratus.

"Bagaimanapun, satu jawatankuasa kerja perlu dibentuk untuk menentukan masa dan laluan jalan di zok sekolah sebelum melihat kepada had kelajuan.

"Rekod polis juga menunjukkan sehingga Mei 2023, sebanyak 267,013 kes kemalangan jalan raya dilaporkan dan 2,742 mangsa telah terkorban, manakala kira-kira dua per tiga daripadanya adalah penunggang dan pembonceng motosikal," katanya pada Isnin. — The Star/CHARLES RAMENDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram