Selisih faham jadi punca, 8 warga asing kena tahan disyaki pukul rakan sekerja pakai kayu di Sepang


  • 112
  • Ahad, 14 Jul 2024

Seorang lelaki warganegara asing dibelasah sehingga maut dalam kejadian di sebuah kilang di kawasan Kampung Pulau Meranti, Puchong dan Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor, pagi Sabtu.

GARA-GARA mabuk dan perselisihan faham, seorang lelaki warganegara asing di belasah sehingga maut dalam kejadian di sebuah kilang di kawasan Kampung Pulau Meranti, Puchong dan Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor, pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

"Seorang pegawai perubatan dari Hospital Cyberjaya memaklumkan kepada polis bahawa lelaki berusia 30 tahun itu dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

BACA LAGI: [VIDEO] Saksi mengucap panjang lihat motor tiba-tiba rempuh belakang lori di Kota Damansara

BACA LAGI: [VIDEO] Influencer wanita retak tulang belakang dirempuh kereta ketika 'live' di China

"Pemeriksaan menunjukkan mangsa mengalami pendarahan di kepala dan tangan.

"Susulan daripada kejadian itu, polis menahan lapan suspek, kesemuanya warga asing berusia 30 hingga 45 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau lagi, dua suspek utama yang juga lelaki warganegara asing telah ditahan di sebuah rumah di Sungai Buloh.

“Manakala, enam lelaki lain berusia 30 hingga 45 tahun turut ditahan masing-masing di Kampung Pulau Meranti, Puchong dan Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati punca serangan itu berpunca daripada salah faham mabuk.

Katanya, pihaknya turut merampas sebatang kayu dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram