[VIDEO] Brek lori gagal berfungsi, terhumban masuk gaung sampai Lebuhraya Karak 'hujan' batu bata


  • Tular
  • Jumaat, 12 Jul 2024

Beberapa individu dipercayai cedera selepas sebuah lori membawa muatan bata didakwa hilang kawalan sebelum terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak pada Jumaat.

BEBERAPA individu dipercayai cedera selepas sebuah lori membawa muatan batu bata didakwa hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer (KM) 27.5 arah barat Genting Sempah ke Gombak pada Jumaat.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan, kenderaan berat berkenaan hilang kawalan ekoran berpunca daripada masalah brek yang tidak berfungsi.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak puas hati punca pengusaha kedai runcit di Kulim lunyai kena pukul dengan kayu

BACA LAGI: [VIDEO] Majlis sambut besan Indonesia bertukar tragedi berdarah, YB tertembak tetamu hingga maut

"Terdapat kemalangan di KM27.5 arah barat (Genting Sempah - Gombak) dan tumpahan batu bata dari KM31.6 hingga ke lokasi kemalangan.

"Kemalangan mengakibatkan lorong kecemasan, tengah dan laju terhalang," kata kenyataan itu.

Melalui perkongsian di media sosial juga memaparkan beberapa kenderaan rosak teruk ekoran terkena batu bata yang terpelanting.

Sementara itu, seorang warga maya Nisa Nasir memaklumkan ada orang awam yang terhumban ke dalam gaung.

"Semoga semua baik-baik. Tiba-tiba hari ini nak berhenti sekejap di sini, sekali ada kemalangan di seberang jalan.

"Sempat hubungi 911 untuk minta bantuan. Tak ada niat nak pergi dekat sebab takut. Sekali pegawai minta maklumat tentang orang yang kemalangan. Terpaksa datang dekat dan bagi update mangsa kejadian.

"Mangsa kemalangan dengan lori treler batu bata. Yang telah terhumban ke dalam gaung. Sesiapa yang lalu di lebuh raya menuju ke Bentong atau ke Kuala Lumpur harap perlahankan kereta anda di Genting Sempah," tulisnya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, tiada laporan lengkap dapat diberikan setakat ini memandangkan kejadian berlaku di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram