SEORANG lelaki ditemukan lemas setelah terjatuh dalam laut ketika memancing dalam kejadian dekat Pantai Bagan Lalang dekat Sepang, Selangor pada Sabtu.
Satu klip video memaparkan kejadian turut tular di laman media sosial pada hari yang sama.
Melalui klip berdurasi kurang seminit yang dikongsikan seorang saksi kejadian, Farhan Abdullah memaparkan beberapa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang cuba menyelamatkan mangsa dengan memberi bantuan pernafasan (CPR).
BACA LAGI: [VIDEO] Tak puas hati punca pengusaha kedai runcit di Kulim lunyai kena pukul dengan kayu
BACA LAGI: [VIDEO] Majlis sambut besan Indonesia bertukar tragedi berdarah, YB tertembak tetamu hingga maut
"Tengah layan perasaan memandu di tepi pantai tiba-tiba nampak kelibat bomba tengah buat CPR.
"Namun, mereka (bomba) nampak kecewa selepas pasukan kesihatan mengesahkan mangsa sudah tidak bernyawa. Gambar semua dari pasukan bomba.
"Tragedi pemancing terjatuh dan lemas di Pantai Bagan Lalang, Sepang. Hati-hati semua elakkan berdekatan kawasan yang digazetkan bahaya," tulisnya.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof sementara itu mengesahkan kejadian terbabit.
Katanya, laporan berkaitan insiden itu diterima pada pukul 5.16 petang Sabtu.
"Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 27 tahun itu sedang memancing di lokasi berkenaan.
"Mangsa tergelincir sebelum terjatuh dalam laut dan dipercayai lemas," katanya menerusi kenyataan pada Ahad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram