[VIDEO] Padah berdiri tepi pintu, nenek tercampak keluar ketika bas ambil selekoh tajam


  • Benua
  • Ahad, 07 Jul 2024

Tangkap layar seorang warga emas cedera parah selepas dia tercampak keluar dari sebuah bas di Tamil Nadu, India. — Agensi

SEORANG warga emas cedera parah selepas dia tercampak keluar dari sebuah bas di Tamil Nadu, India pada Jumaat lalu.

Tragedi malang itu juga berjaya dirakam kamera televisyen litar tertutup pengangkutan awam berkenaan dan dimuat naik semula di media sosial.

Memetik laporan media antarabangsa, ketika kejadian, bas itu dipenuhi dengan penumpang dan mangsa berdiri berdekatan dengan pintu bas berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengusaha kedai runcit di Kulim lunyai kena pukul penyamun berkayu

BACA LAGI: [VIDEO] Influencer wanita retak tulang belakang dirempuh kereta ketika 'live' di China

Melalui rakaman berdurasi kurang seminit itu memaparkan mangsa tidak sempat berpaut ketika bas sedang melalui selekoh tajam.

Dia kemudiannya dilihat terjatuh dan terpelanting ke atas jalan raya.

Penumpang yang lain terus menjerit memberitahu pemandu bas berkenaan untuk berhenti.

Mangsa yang cedera parah terus dihantar ke hospital yang terdekat menggunakan ambulans. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram