[VIDEO] Pemandu Mazda ditahan, lawan arus sebab makan 6 jenis ubat di Batu Pahat


  • 112
  • Sabtu, 13 Jul 2024

Pemandu Mazda terbabit didapati memandu lawan arus dalam sebuah video yang tular di media sosial pada 6 Julai lalu.

POLIS menahan seorang lelaki selepas tindakannya memandu dalam keadaan berbahaya dengan melawan arus di Jalan Ayer Hitam-Kluang, Batu Pahat, Johor di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 5 petang 6 Julai lalu.

Dia berkata, pada hari kejadian, polis mengesan video berdurasi 30 saat di media sosial yang menunjukkan kereta Mazda dipandu lelaki berusia 46 tahun tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

BACA LAGI: Wanita pandu Vios lawan arus rempuh kereta polis, pecut 20km sebelum dicekup di Bahau

BACA LAGI: [VIDEO] Polis Johor tahan warga Bangladesh tiada lesen pandu kereta lawan arus

450558996_781773094133629_6192164692140396538_n

Satu kenyataan dikeluarkan polis berhubung kes tular di Batu Pahat, Johor itu.

"Bertindak melalui siasatan polis termasuk berdasarkan kamera papan pemuka (dashcam), suspek dikesan sepasukan anggota dari Bahagian Sisatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat pada pukul 3 petang keesokan hari.

"Suspek kemudian berjaya ditahan di perkarangan BSPTD Batu Pahat dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bagi menjalani ujian saringan air kencing.

"Turut ditahan kereta yang dipandunya pada hari kejadian bagi membantu siasatan punca tindakan lelaki terbabit memandu melawan arus," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Shahrulanuar berkata, siasatan awal termasuk saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif sebarang bahan terlarang.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan orang lain.

"Kita menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa peka dengan mematuhi isyarat dan peraturan ditetapkan bagi memastikan keselamatan semua terjamin." katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram