Wanita pandu Vios lawan arus rempuh kereta polis, pecut 20km sebelum dicekup di Bahau


  • 112
  • Ahad, 09 Jun 2024

Wanita berusia 55 tahun itu enggan memberikan kerjasama ketika ditahan di Bahau pada Ahad. — Gambar hiasan

SEORANG wanita ditahan selepas memandu secara melawan arus hingga melanggar kenderaan pihak polis pada Ahad.

Kejadian yang berlaku di Bahau, Negeri Sembilan terjadi selepas wanita yang memandu kenderaan jenis Toyota Vios cuba mengelak daripada ditahan dekat Jalan Yam Tuan Raden.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, wanita berusia 55 tahun itu memandu sejauh 20km daripada tempat dia melawan arus sebelum ditahan.

BACA LAGI: Gagal tarik brek tangan dengan kemas punca kereta tiba-tiba berundur — Polis Kajang

BACA LAGI: Wanita, anak OKU antara 3 maut kemalangan 2 kenderaan di Jerantut

"Anggota polis cuba menahan kereta itu namun pemandu seorang wanita tempatan enggan memberi kerjasama.

"Dalam usaha menahan kereta itu, suspek melanggar kenderaan polis untuk melarikan diri sehingga mengalami kerosakan bahagian hadapan," kata Amran dalam kenyataan pada Ahad.

Wanita tersebut kemudiannya berjaya ditahan di depan sebuah stesen minyak selepas bantuan turut diberikan oleh IPD Kuala Pilah untuk menahannya.

"Suspek seorang wanita berusia 55 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya," ujar Amran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram