Akibat ayam gunting, 99 pelajar, guru di Batu Pahat alami keracunan makanan


  • Massa
  • Ahad, 30 Jun 2024

Menu ayam gunting dikatakan menjadi punca 90 pelajar dan sembilan guru keracunan makanan di Johor.

SERAMAI 99 pelajar dan guru dari sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor mengalami keracunan selepas menikmati makanan dikeluarkan oleh pihak kantin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Persekitaran Johor, Ling Tian Soon berkata, seramai 90 pelajar dan sembilan guru mengalami simptom seperti cirit birit dan muntah-muntah sejak Khamis lalu (27 Jun).

Kata Tiang Soon, seramai 11 pelajar mendapatkan rawatan kesihatan di hospital kerajaan dan swasta.

BACA LAGI: Tarif elektrik baharu: Tiada alasan peniaga makanan naik harga, lapor KPDN jika berlaku — Fomca

BACA LAGI: Buat bancian, guna data sedia ada kaji pendapatan isi rumah boleh jadi cara KPKT atasi isu 'cop' parkir

WhatsApp Image 2024-06-30 at 21.13.10

Ling Tian Soon.

"Mereka mula berdepan masalah dengan perut mereka selepas memakan ayam gunting daripada kantin sekolah.

"Daripada 99 orang, 11 daripadanya mendapatkan rawatan di pusat kesihatan kerajaan dan juga swasta," kata Tian Soon.

Kata Tian Soon, semua yang terkesan tidak mengalami gejala yang teruk sekali gus menyaksikan tiada yang terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dia juga mengatakan yang Jabatan Kesihatan Batu Pahat sudah mendapatkan sampel ayam gunting tersebut untuk dibawa ke makmal.

Malah, kantin sekolah tersebut turut diperiksa dan diarahkan tutup selama 14 hari.

"Laporan makmal mengenai punca keracunan makanan akan keluar dalam masa tiga hari.

"Pada masa yang sama, kantin diarahkan untuk ditutup sementara dari 28 Jun hingga 11 Julai untuk menjalani kerja-kerja pembersihan," ujar Tian Soon.

Disebabkan penutupan kantin itu, para pelajar di sekolah tersebut perlu membawa makanan dari rumah sehingga ia kembali dibuka. — The Star/YEE XIANG YUN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram