[VIDEO] Polis Johor tahan warga Bangladesh tiada lesen pandu kereta lawan arus


  • 112
  • Ahad, 11 Feb 2024

Tangkap layar kejadian seorang warga Bangladesh memandu kereta jenis Nissan Almera secara melawan arus di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing, Johor pada Sabtu.

POLIS menahan seorang lelaki warga Bangladesh kerana didapati memandu kereta secara melawan arus di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing, Johor selepas aksinya itu tular di media sosial pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, suspek berusia 43 tahun ditahan pada pukul 3.15 petang di kawasan hentian bas Kota Tinggi.

"Sebelum itu, Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi mengesan rakaman video tular berdurasi 50 saat berhubung kejadian tersebut di Facebook.

BACA LAGI: Pintu hati tertutup selama 2 tahun, Yazid Izaham hanya perlukan 5 bulan temui wanita kiriman Tuhan

BACA LAGI: Diam-diam mematikan, ketahui 5 jenis penyakit silent killer boleh terjadi kepada anda

"Video memaparkan sebuah kereta jenis Nissan Almera berwarna putih dipandu secara melawan arus atau songsang membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

WhatsApp Image 2024-02-11 at 10.53.49 AM

Warga Bangladesh ditahan selepas memandu secara lawan arus di Johor. — Polis Johor

Menurut Hussin, suspek tidak mempunyai lesen memandu, saringan ujian air kencing dijalankan terhadapnya didapati negatif dadah dan kereta terbabit tiada rekod jenayah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda hingga RM15,000.

"Orang ramai diminta sentiasa peka dan patuhi undang-undang yang ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama di jalan raya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram