'Alhamdulillah sudah selesai', bapa reda misteri kehilangan peminat bola sepak terjawab


  • Massa
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Mangsa merupakan pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Johor.

MISTERI kehilangan seorang penyokong bola sepak selepas menyaksikan perlawanan bola sepak akhirnya terjawab.

Menurut laporan Stadium Astro, ayah mangsa, Abd Halid Sugiman, 44 mengesahkan bahawa rangka manusia yang ditemui di kebun durian berdekatan Kompleks Panghulu Mukim Linau, Johor akhir bulan lalu, merupakan anaknya, Hafiz Fauzan, 17.

"Alhamdulillah semua sudah selesai. Apa yang ditunggu-tunggu sudah berakhir," kata Abd Halid.

BACA LAGI: Hanya terjual 5,005 tiket, fans Kedah sedih tiada sokongan aura 2007-2008

BACA LAGI: Lelaki meninggal dunia terpijak kaca di Tumpat

Abd Halid bersyukur selepas menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengesahkan rangka manusia ditemui sah milik Hafiz.

Jelasnya, keputusan itu diperolehi sekitar pukul 4.43 petang Khamis selepas dihubungi polis bagi memaklumkan hasil ujian DNA yang dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, Johor.

Beliau memaklumkan proses tuntutan jenazah akan dibuat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk dikebumikan.

Polis

Hebahan mengenai kehilangan Hafiz oleh IPD Batu Pahat.

Pelbagai usaha dilakukan keluarga untuk mencari Hafiz Fauzan yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Pada 25 Jun lalu, rangka manusia ditemui bersama sebuah motosikal hampir sama digunakan Hafiz berdasarkan nombor pendaftaran seperti yang dihebohkan ahli keluarganya di media sosial selepas kehilangannya.

Turut ditemui jaket dan juga topi keledar dipercayai digunakan mangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram