Pelajar Tingkatan 5 dikhuatiri lemas, hilang ketika tangkap ikan di Sungai Pahang


  • 112
  • Sabtu, 13 Jul 2024

Bot difahamkan dinaiki pelajar lelaki yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Pahang. — JBPM Pahang

SEORANG pelajar Tingkatan Lima dikhuatiri lemas apabila dilaporkan hilang setelah dipercayai terjatuh dari bot di Sungai Pahang berhampiran Kampung Orang Asli Tanah Merah, Pekan, Pahang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa, Muhammad Danial Fakhrullah Mohd Azri dikatakan menaiki bot itu untuk menangkap ikan.

Dia berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9 pagi.

BACA LAGI: Remaja lelaki ditemui lemas ketika memancing di Sungai Tapah

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sungai ni bapak siapa punya?', 2 lelaki berperang mulut rebut port memancing

Pahang_River_in_Jerantut,_Pahang

Sungai Pahang merupakan pilihan orang ramai di sekitar kawasan itu untuk memancing ikan.

"Hasil soal siasat, bapa mangsa mengesahkan bot yang berada di tengah Sungai Pahang adalah miliknya.

"Bapa mangsa memaklumkan bahawa anak lelakinya itu biasa menggunakan bot berkenaan untuk menangkap ikan di Sungai Pahang berhampiran Kampung Belimbing," katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Mohd Zaidi berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancar membabitkan 31 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Beberapa penduduk Kampung Belimbing dan Kampung Orang Asli Tanah Merah turut membantu dalam operasi SAR itu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram