[VIDEO] 'Sungai ni bapak siapa punya?', 2 lelaki berperang mulut rebut port memancing ambil jalan berdamai


  • Tular
  • Selasa, 23 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan salah seorang lelaki yang didakwa menceroboh kawasan sungai untuk memancing yang tular sejak Selasa.

SATU pergaduhan kecil berlaku melibatkan dua lelaki ketika menjalankan aktiviti memancing di Sungai Lubok Kepong, Segamat, Johor baru-baru ini.

Ia selepas sebuah video tular di media sosial sejak Selasa memaparkan salah seorang daripadanya didakwa menceroboh kawasan sungai tersebut untuk memancing.

Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @mynewshub dan tular sejak Selasa, seorang warga emas pada mulanya dilihat sedang memancing sebelum didatangi seorang lagi lelaki.

BACA LAGI: Memancing bukan sekadar hobi, Ariff kongsi tips atasi cabaran mengail sepanjang Ramadan

Sungai ni bapak sape punya ? pic.twitter.com/lzbCwC6dCc

— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 23, 2024

Dalam video sama, lelaki berkenaan meluahkan rasa berangnya dengan menuduh bahawa warga emas itu tidak meminta izin dan memancing sesuka hati di kawasan tersebut.

Tidak lama kemudian, pertengkaran mulut berlaku antara kedua-dua individu terbabit yang ketika itu berada di atas bot kecil masing-masing.

"Sungai ni siapa punya? Bapak kau ke?," kata salah seorang lelaki terbabit.

Perbalahan tersebut dilihat berlaku secara berterusan selama hampir empat minit sehingga durasi akhir video itu.

BACA LAGI: Jangan main redah tanpa gali ilmu, memancing cara Amir mampu bantu raih tangkapan lumayan

" style="width:100%; height:100%; position:absolute; left:0px; top:0px; overflow:hidden; border:none;" allowfullscreen title="Dailymotion Video Player" allow="web-share">

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima dua laporan polis daripada individu berkaitan bertujuan mahu menyelesaikan perselisihan faham tersebut secara baik.

"Polis telah mengesan dan mengambil maklum penyebaran kenyataan dan perkongsian video di media sosial berkaitan perselisihan faham dua pemancing di Sungai Lubok Kepong, Segamat pada 22 Januari lalu.

"Perselisihan faham yang berlaku hanya melibatkan dua individu dan satu perjumpaan melibatkan mereka bersama Polis Daerah Segamat, Jabatan Perikatan Daerah Segamat, ketua kampung turut dibuat sejurus laporan polis diterima.

"Alhamdulillah, ia dapat menjernihkan isu secara kerjasama yang baik," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Ahmad Zamry turut menasihati orang ramai agar menghentikan penyebaran atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat terhadap isu berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram