SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai ketika memancing pada Ahad.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, kejadian itu berlaku di kawasan Rekreasi Kuala Woh, Tapah, Perak.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.23 tengah hari.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis tahan 3 individu pukul, hentak lelaki guna 'sport rim' hingga lunyai di Kluang
Katanya, komander operasi di tempat kejadian menerima bantuan daripada unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan pencarian di permukaan sungai turut dijalankan.
“Mangsa ditemui pada pukul 2.02 petang dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi. — The Star/MANJITKAUR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram