Terbabas jadi punca 3 sekeluarga hampir lemas kereta masuk sungai di Perlis


  • 112
  • Ahad, 07 Jul 2024

Kereta Proton Pesona yang terbabas dalam sungai di Perlis pada Ahad. — JBPM Perlis

TIGA sekeluarga hampir lemas selepas sebuah kereta masuk ke dalam sungai dalam sebuah kejadian di Jalan Kangar-Alor Setar, Kampung Tok Pulau, Kangar, Perlis.

Kejadian yang berlaku pada 3.11 petang itu melihatkan pasangan suami isteri berserta seorang anak lelaki berusia tiga tahun sedang menaiki kereta jenis Proton Pesona.

Kereta yang dinaiki pasangan dalam usia 30-an bersama anaknya itu terbabas lalu memasuki ke dalam sungai.

BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa patah riuk dan alami pendarahan, warga X cari pemilik Toyota Estima putih didakwa enggan bertanggungjawab

BACA LAGI: [VIDEO] Video lama rombongan lawat surau didakwa tempat Nabi Khidir solat subuh tular kembali

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Zaidi Ma’at berkata, wanita dengan anaknya tidak sedarkan diri ketika pasukan menyelamat tiba di tempat kejadian.

Melihat kepada keadaan tersebut, pihak bomba kemudiannya terus memberikan bantuan pernafasan cemas (CPR) sebelum wanita dan anaknya itu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Setibanya pihak bomba di lokasi kejadian didapati tiga mangsa berkenaan berjaya diselamatkan orang awam.Namun, ibu dan anak itu tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan cemas (CPR) sebelum dibawa ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia," kata Mohd Zaidi.

Mohd Zaidi menjelaskan yang pihaknya tiba ke lokasi kejadian lima minit selepas panggilan dibuat sekitar 3.11 petang.

Operasi menyelamat tamat kira-kira pukul 4 petang.

Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk mendapatkan rawatan lanjut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram