Lepas 9 jam hilang di Kota Belud, budak perempuan ditemukan 5 kilometer dari rumah


  • 112
  • Sabtu, 29 Jun 2024

Ibu angkat kepada kanak-kanak berkenaan memaklumkan Adira sering berhalusinasi meskipun tidak mempunyai sebarang isu kesihatan.

SEORANG kanak-kanak wanita sudah ditemukan kira-kira lima kilometer daripada rumahnya selepas dilaporkan hilang sembilan jam daripada rumahnya di Kampung Bobot, Kota Belud, Sabah.

Adira Abdullah yang berusia sembilan tahun itu ditemui saudaranya sembilan jam selepas disedari hilang oleh ibu angkatnya di sekitar kediamannya.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pasukannya yang terdiri daripada lapan anggota diketuai Thomas Bolu digegaskan ke lokasi kejadian pada pukul 12.05 petang.

BACA LAGI: [VIDEO] Kantoi curi kabel TM, pemandu seret wayar 'copper' cuba lari di kampung Kota Belud

BACA LAGI: Bayi 12 bulan lemas nahas bot karam di Kota Belud

"Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu didapati hilang pada awal pagi. Dia kemudiannya ditemui kira-kira lima kilometer daripada kediamannya," katanya.

Terdahulu, kanak-kanak itu disedari hilang pada pukul 6.30 pagi Sabtu.

Ibu angkatnya memaklumkan kanak-kanak terbabit tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan namun sering berhalusinasi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram