JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung video doa di TikTok yang menyeru orang ramai berdoa agar musibah menimpa para pemimpin termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, Jakim akan menyerahkan perkara itu untuk disiasat MCMC.
Beliau berkata, MCMC diminta untuk menyemak kandungan dalam video itu dan mengambil tindakan lanjut.
BACA LAGI: Wanita Miri hilang masih tiada khabar berita, rakan dedah ibu belum bercadang ke Semenanjung
BACA LAGI: Mesin vape layan diri tingkat jumlah golongan mahu cuba-cuba, elok lagi jual barang sekolah — Pakar
Jakim membuat laporan terhadap video terbabit. — Gambar hiasan
Menurutnya, tindakan memuat naik video tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Tambahnya, sebarang perbezaan pendapat juga perlu dizahirkan secara bersopan dengan cara yang betul. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram