Hanya kes terpencil, ibu bapa dinasihat tak perlu risau isu keciciran data PAJSK


  • Massa
  • Isnin, 08 Jul 2024

KPM pada Ahad memaklumkan sudah mengambil tindakan segera untuk menyaring semula keciciran data PAJSK melibatkan calon SPM.

IBU bapa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinasihatkan supaya tidak terlalu risau berhubung insiden keciciran data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang berlaku terhadap sebuah sekolah di dalam negara.

Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, kes tersebut disifatkan sebagai kejadian terpencil dan tidak berpotensi untuk menjejaskan keseluruhan calon lepasan SPM.

BACA LAGI: Kemasukan matrikulasi: Penekanan berlebihan terhadap meritokrasi berpotensi tingkat jurang sosioekonomi

BACA LAGI: Aktivis politik kena panggil polis dan MCMC, Tian Chua kritik kebebasan bersuara makin terancam sekarang

"Apa yang saya faham, semua proses itu dibuat melalui secara dalam talian. Jadi kita pun faham kadang-kadang ia terdedah kepada kesilapan teknikal.

"Tapi saya tak fikir semua sekolah begitu. Mungkin ada satu dua tempat dan perkara itu sudah pun dibangkitkan ibu bapa pelajar di sekolah terbabit," katanya kepada Majoriti.

Kementerian Pendidikan (KPM) pada Ahad memaklumkan sudah mengambil tindakan segera untuk menyaring semula keciciran data PAJSK melibatkan calon SPM.

KPM berkata, berkata data berkenaan akan diserahkan kepada Unit Pusat Universiti (UPU) bagi tujuan padanan dan penawaran untuk melanjutkan pengajian yang tertakluk kepada kelayakan calon dan kekosongan program.

PUTRAJAYA, 14 Jun -- Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas menghadiri mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F hari ini.--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARAPUTRAJAYA, June 14 -- Coordinating Minister of the National COVID-19 Immunisation Programme Khairy Jamaluddin Abu Bakar during a press conference on update of the National COVID-19 Immunisation Programme after attending a joint meeting of the Special Committee for Ensuring Access to COVID-19 Vaccine Supply (JKJAV) at Complex F today.--fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

Terdahulu, tular satu hantaran daripada seorang wanita mendakwa anaknya gagal mendapat pilihan pertama UPUOnline menerusi permohonan keputusan SPM 2023 meskipun mendapat merit akademik yang agak tinggi.

Ujar kenyataan itu, KPM sedang menjalankan siasatan secara terperinci perkara berbangkit dan melaksanakan langkah intervensi bagi memastikan isu yang timbul dapat di atasi segera dan tidak berulang.

Terdahulu, tular satu hantaran seorang wanita dikatakan ibu kepada pelajar dari sekolah tahfiz Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) mendakwa, anaknya gagal mendapat pilihan pertama UPUOnline menerusi permohonan keputusan SPM 2023.

Kata wanita itu, kegagalan anaknya mendapat pilihan pertama dipercayai berpunca akibat markah PAJSK yang berada pada tahap kosong.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit mendakwa hampir 90 peratus lepasan SPM daripada sekolah terbabit tidak berjaya menempatkan diri mereka ke institusi pilihan pertama di sebalik pencapaian merit mereka yang sangat hebat.

MTNP dalam maklum balasnya, memaklumkan sudah mematuhi semua garis panduan pelaksanaan dan pengumpulan markah PAJSK ditetapkan KPM.

Pada tahun ini, MTNP terkenal selepas kejayaan mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.07 dalam keputusan SPM 2023, mengatasi sekolah berprestasi tinggi lain di dalam negara.

Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, beliau yakin bahawa KPM bersama pegawainya sentiasa mengambil maklum dan bersedia untuk menangani sebarang isu yang timbul.

"Pegawai kementerian sentiasa memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terutamanya kalau ada aduan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram